Sunday, October 16, 2011

Restart

Salam people...

i've to restart bloging and i hope i can. Allah bless me.

Tuesday, March 29, 2011

I am single and I am alright.

in the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful...
B.R.E.A.T.H.E....S.M.I.L.E.

Assalammualaikum..

Its the assignment time.Yeah, i felt like,uhh! my girlfriend told me i was so ugly in my night dress.*nda peduli semuanya*  My vision and misson right now is to complete all my assignment and i will be like a princess or cinderella. heheh. just a dream. I admit it. Ok.

alhamdulillah..tq Allah so much..despite everything..no matter what happened to me..n i dunno what will happened to me in the future..i am in peace rite now..whether i walk alone..in this state, every class i go, take the bus..do everything by myself,  i can tell my heart smiles n my minds in peace..

i guess this is what it was known as we call it...

 ....prophetically....

.....challenge....

 ..... love....kasih....

mode:tryin to get ...

Saturday, March 19, 2011

10 soalan PENTING sebelum bertunang

 salam Ladies...
Hari ini nak share satu artikel mngenai pertunangan. Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, alam pertunangan sememangnya sudah menjadi satu budaya masyarakat melayu. Terdapat beberapa perkara yang mesti kita ketahui sebelum memasuki fasa permulaan sebagai tunang orang ni.
Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, 'dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin'.

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa. Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa', bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait  menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

 
*credit to google*

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chatting dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka.

Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan. Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa' mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.
Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.
Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.
Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.
Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.
Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.
Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.
Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.
Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.
Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.
Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. 

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

................................................................................................................
Ha, korang? dah tanya? tanya dulu ya sebelum bertunang atau berkahwin. tengok, ada chemistry x? hihih. selamat berjaya.

credit to: iluvislam.com

Monday, March 7, 2011

'curl'kan rambut dengan paper bag?saya suka!



salam ladies,

Entry hari ini ialah satu tips untuk wanita sahaja ya.


Sebenarnya rambut ikal macam ni boleh buat sendiri je kat rumah. Tak payah pergi saloon-saloon dan habiskan duit semata-mata nak buat rambut ‘curl’ yang hanya bertahan 3jam. Tak payah jugak nak beli hair curler ataupon roller. Membazir kan?

Jom curl kan rambut dengan cara paling jimat!

1. Kita hanya perlukan kertas terpakai macam paper bag. Paper bag dapat curlkan  rambut. Iyeke? Tak percaya baca step seterusnya.
2.Potong kertas lebih kurang panjang rambut korang, dan lebar lebih kurang 3cm. Agak-agak je, tak payah ambik pembaris and ukur.
3. Cuci rambut dengan shampoo dan keringkan. Jangan kering-kering sangat.  Biarkan rambut lembab-lembab sikit.
4. Kalau rambut tebal, ikatlah sikit  rambut korang dan tinggalkan selapis rambut di belakang.
5. Ambil sikit dari bahagian  rambut korang yang tak diikat, kertas yang tadi korang gunting itu, gulungkan bersama-sama rambut. Gulung-gulung…… bila sampai atas, ikat kertas tu.
6. Lepaskan rambut yang korang ikat tadi. Gulung lagi sekali dengan kertas. Kali ni gulung lagi ketat sebab bahagian atas kalau gulung ketat-ketat nanti curl jadi lagi lawa.
7. Biarkan rambut yang basah tu kering sendiri.
8. Bila dah kering, lepaskan semua kertas  rambut tadi .
9. Dijamin rambut korang akan curl dengan cantiknya! Kalau betul lah cara yang korang buat tu.
p/s: Mungkin masa mula mula tanggalkan kertas, rambut akan jadi kaku kejung macam ulat gonggok. Tunggu  dalam sejam  rambut korang akan nampak natural.
Ok, ni aku ada video dari Michelle Phan yang lagi membantu. So, jom curlkan rambut!



sumber

Thursday, March 3, 2011

Aku Hanya Wanita Biasa

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....

Padahal kau begitu tahu , aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Karnanya ku ingin kau tau,aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...

Aku tak sebijak bunda Khadijah, karnanya ku ingin kau tau,
aku bisa saja berbuat salah dan begitu membuatmu marah.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah, karena bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku durhaka kepadamu...

Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
untuk menyiapkan makan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti -InsyaAllah-.
Maka, aku akan tampak kotor dan bau asap.
Atau karena seharian ku harus menguruskan istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sehat.

Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.
Ataukah kau akan menemukanku terkantuk-kantuk saat mendengar keluham dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,
tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakitl,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
. Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku, karena kau adalah kekuatan ku...

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkontrol, bukan karena ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya belaianmu...
Karna bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku...

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arah-NYA..

Jangan segan membangunanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..

Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalanya waktu,kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dam memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...
Karna satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
iatu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah... Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu.
Maka cintailah aku karena-NYA, dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku karena aku bukan istri Nabi...

Aku hanya wanita biasa..........



Monday, February 28, 2011

Birthday entry: Allah selamatkan kamu..

Salam dan selamat tengah malam semua..

Sekarang saya mau cerita mengenai hari ulangtahun adik lelaki saya. Nama panggilan dia Coman. Dia ni seorang adik yang agak keras kepala, gila-gila sikit, nakal jugak, tapi bijak. Antara adik-adik saya dialah yang paling lucu saya rasa. Ada-ada ja benda yang dia buat saya geli hati. walaupun di sekolah dia antara pelajar yang sangatlah pendiam (yaka man?) tapi sebaliknya di rumah tidak jugaklah pendiam. Bising jugalah mulut dia ni..Oh ya selain tu dia juga selalu bergurau dengan bapa dan mama saya. Time dia kecil-kecil dulu dia seorang yang agak cengeng seingat saya. Sikit-sikit mau nanges ja dia ni. Apapun semakin meningkat remaja dia semakin matang tapi perangai mengarutnya tetap tidak hilang. Sekarang dia berada di Matrikulasi Labuan. 

ucapan untukmu mybro: 
Selamat Hari lahir yang ke 19. Jangan nakal-nakal, ingat keluarga, jadilah anak yang soleh, dan semoga berjaya dunia dan akhirat..Luv u bro!.Hadiah tunggu....


Oh ya. saya beberapa picca mybro sejak dia kecil sampai la sekarang.













p/s:ok tu ja la setakat ni.penat pulak mengedit ni.hehe. Happy Birthday my bro, god bless you!




Sunday, February 27, 2011

Contest Pose MeNarik

Salam ladies, 
Ceritanya begini, beberapa hari lepas saya sudah diTAG oleh kawan saya iaitu Jiha untuk join contest pose menarik. Haih, rasa macam tidak mau join sebab saya ni jarang pose, hehehe..konon jelah. Apapun saya join jugaklah contest ni. Kalau you all mau join klik sahaja link bawah ni ok. Then ikut je prosuder dia kat Alyn Zakree.



Dan pose yang saya letak ialah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tadaaaaaaa...macam suspen ja kan,padahal pic ni ja pun.hehe. Tapi saya suka pic ni sebab nampak happy ja time ni. Dari kiri Dila, Yati, umi dan saya. Gambar ni gambar tahun lepas masa pergi jalan-jalan di Genting Highland.

ok ladies yang berminat,jom join. Saya nak tag :


ok. Bye,nak mimpi mak.Rindu.=(


Tuesday, February 22, 2011

Join FaceBloG!

Faceblog? Facebook+blog?


TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA



Macam best ja kan? so ladies and gentelman, apalagi jom join FaceBlog ramai-ramai. Senang ja cara nak join. Just follow step yang telah diberikan oleh moderator tu. Happy facebook, happy blog and happy FaceBlog!.=p

Thursday, February 17, 2011

Bahaya terlalu lama bermain komputer

Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.

Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.









Gejala :
· Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
· Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
· Sering menjatuhkan barang

Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
· Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
· Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
· Duduklah dengan tegak.


Add caption
 

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 1431H

Assalamualaikum semua...

Pagi yang mulia ini dan bersempena dengan hari Keputeraan Nabi terulung Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat kepada junjungan baginda dan keluarga baginda demi menunjukkan tanda kasih dan sayang kita kepada baginda.

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. "...Selamat Menyambut MAulidur Rasul kepada seluruh umat islam..

mula-mula dengar selawat untuk Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Suka video ini sebab teringat kembali kemeriahan sambutan maulud time sekolah rendah dulu.





lagu Raihan ni paling suka dan minat..just for our Prophet, Nabi Muhammad S.A.W



Rindu Rasul ♥

selamat menghayati lagu dan berselawat. Salam Maulidur rasul.


Sunday, February 13, 2011

mari membaca tentang petua kecantikan dalam islam

Salam ladies...

Saya baru balik dari library semata-mata untuk mencari jurnal akaun disebabkan server kolej tidak dapat memasuki perkhidmatan jurnal online dalam perpustakaan Tuanku Bainun. Now sudah ada di kolej, ingat nak buat proposal untuk projek tahun akhir tapi tiba-tiba pula terbaca satu petua yang cukup baik ini. Jom sama-sama baca dan amalkan ya...

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambilah sejadah, shalat, berdzikir dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkan pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada ALLAH dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Macam lirik lagu senyum tu, "senyum, tak perlu kata apa-apa" =). Ops, senyum tidak hanya dibibir tetapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan kata kunci, "Allahuma kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" yang bermaksud, "Ya ALLAh, sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku"-HR Ahmad.



4. Untuk miliki bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombong diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Jika kuat lebih baik puasa Nabi Daud AS iaitu puasa selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan buah-buahan, dan air putih.

6. sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.

Petua yang mudah dan murah tetapi jika tidak diamalkan hanya sia-sia sahaja. Bagi saya apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman, rohani dan emosi seseorang itu dan bukan hanya fizikal semata-mata. Dan yang sesungguhnya, biarlah kita tidak cantik pada pandangan orang, tetapi cantik pada pandangan-NYA.

Baca, baca, baca, dan selamat beramal. (",)



Saturday, February 12, 2011

puisi sekeping hati..

Di kesepian malam aku sendiri
Termenung dibawah cahaya rembulan
Pucuk-pucuk daun meliuk indah
Mengikuti irama angin perlahan

Angin…., Aku hargai kau menghiburku
Memang tidak ingin aku berlama-lama
Larut dengan gelapnya malam
Terombang-ambing oleh kelamnya awan
Angin…., Tolong katakan pada bintangku
Aku rindu dan berharap dia hadir disini
Dengan segala ketulusan cintanya

Biarkan...relakan...
Saat malam mulai larut
Suasanapun semakin senyap
Aku terbujur dalam kekakuan
Karena hati terpasung dalam kesepian

kesedihan dengan bersendirian

Seakan menggugurkan sejuta harapan

semoga hari esok memberikan sinar yang bergemerlapan
Dan aku sedar, hanya Pada-MU kusandarkan harapan...



semoga angin membawa pergi kesepian ini..



Friday, January 28, 2011

cuti-cuti cinta.

Salam ladies and gentelman,

Hari ini sudah start bercuti bagi diriku tapi rasa macam tidak cukup ja cuti seminggu ini. Banyak kerja yang harus diselesaikan dalam masa seminggu ni. Proposal, Perakaunan, report jual barang, dan nak buat makroteaching pulak. Harap-harap saya dapat menggunakan masa seminggu ini dengan sebaiknya. I wish i can do.

Hari ini saya nak berkongsi satu resepi yang menjadi kesukaan saya. Jom cekidut, saya dapat daripada rakan blogger iaitu kak lynna.huhu,tak sabar nak try,kejap lagi nak keluar beli bahan-bahan. Oh ya nama resepi ini ialah triffle cinta. cinta tu saya yang tambah.hehe.


Thursday, January 20, 2011

Mak, i love you

Assalammualaikum, senja yang damai ini saya teringin nak join contest yang dianjurkan oleh seorang rakan blogger iaitu blog Sudirman. Saya rasa ini merupakan contest yang baik kerana ianya berkaitan dengan seorang IBU. Ini link blog dia.



                                                   http://sudirman1809.blogspot.com 

 Baiklah, bercerita pasal mak, ibu, umi, mummy, atau apapun gelaran bagi seorang wanita yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari sememangnya amatlah sensitif sebenarnya bagi saya. Mak bagi saya seorang wanita yang tiada galang gantinya bagi seorang anak. Saya teringat cerita emak kepada saya dan adik-beradik yang lain kisah emak semasa muda-muda dahulu.Kisahnya begini...

Emak saya bernama Rokiah Binti Sidik. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik-beradik. Emak hidup berdikari sejak kecil lagi disebabkan kesempitan hidup. Makan nasi dengan garam pernah, berlaukkan sayur pucuk paku atau pucuk ubi yang dipetik di sekitar rumah sahaja pun pernah. Malah makan ubi kayu dengan garam pun pernah disebabkan kemiskinan hidup mereka suatu ketika dahulu. Keadaan bertambah pilu apabila nenek yang berkahwin dalam usia yang masih muda kurang menguasai ilmu-ilmu rumah tangga dengan baik. Nenek tidak seperti ibu lain yang cekap memasak dan membuat kerja-kerja rumah, tambahan pula nenek juga bekerja sebagai peladang. Namun nenek merupakan nenek yang baik dan sporting bagi saya. Datuk pula pencen ketika usia emak dan adik-beradiknya yang lain masih muda disebabkan atuk berkahwin pada usia yang agak lewat dengan nenek. Jadi keadaan tersebut memaksa emak dan adik-beradik yang lain untuk berdikari sendiri mengurus diri mereka. Emak cakap kadang-kadang terliur tengok kawan makan sedap-sedap tetapi mereka tidak disebabkan nenek kurang cekap memasak dan juga disebabkan kemiskinan hidup.

Keadaan menjadi bertambah baik apabila emak melangkah ke sekolah menengah. Emak pun mula belajar memasak daripada jiran-jiran ketika majlis kenduri kendara. Pada usia remaja ini juga emak berkenalan dengan  bapa. Perkenalan mereka bermula apabila bapa menjadi driver emak ketika balik dari asrama. Lama kelamaan perasaan sayang mula timbul dalam diri mereka. Namun begitu atuk tidak setuju dengan hubungan emak dan bapa kerana atuk tidak sukakan bapa. Bagi datuk, bapa tidak mempunyai masa depan kerana tidak mempunyai kerja yang baik, hanya sebagai pemandu sahaja. Tambahan pula bapa bukan warganegara Malaysia pada masa itu. Oh ya, emak saya berbangsa kadazan manakala bapa pula berbangsa bugis.

Disebabkan jodoh mereka kuat, emak dan bapa pun bernikah pada usia yang muda iaitu ketika emak berusia 17 tahun. Pada ketika itu atuk masih tidak setuju dengan pilihan emak tetapi nenek pula setuju dengan pilihan emak. Selepas setahun berkahwin, abang saya pun lahir dan pada tahun ketiga saya pun lahir ke dunia. Seingat saya, sejak kecil lagi emak bekerja untuk membantu meringankan beban bapa disebabkan bapa hanya bekerja sebagai pemandu lori. Emak bekerja sebagai kerani di syarikat sama bapa bekerja. Saya pula tidak seperti anak yang lain yang membesar dengan ibu dan ayah. Saya dan abang dijaga oleh nenek dan atuk sejak berumur 5 tahun sehingga tahun1 kalau tidak silap saya. Bukan emak dan bapa mahu lepaskan tanggungjawab mereka tetapi emak dan bapa bekerja di dalam kem yang tidak terdapat kemudahan sekolah.

Kenapa saya sayang mak saya?

WAJIP bagi saya dan anda semua untuk menyayangi ibu yang bersusah payah melahirkan kita sejak kecil dan mendidik kita menjadi manusia yang berguna. Bagi saya emak merupakan seorang yang cekal, tabah, dan penyayang dan mempunyai sifat sabar yang amat tinggi. Emak juga sanggup berkorban apa sahaja demi menyediakan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Saya teringat semasa saya di tahun 5, emak dikejar oleh penganggur jalanan semasa balik dari kerja. Emak tercungap-cungap berlari balik ke rumah untuk menyelamatkan diri. Saya sangat simpati dan kasihan melihat emak pada ketika itu namun apakan daya saya masih terlalu kecil untuk tidak membenarkan emak bekerja. Kejadian itu seingat saya emak tidak ceritakan kepda bapa sebab takut bapa tidak benarkan bekerja. Sejak itu saya berjanji akan membalas segala susah payah emak untuk memberikan kami adik-beradik keperluan hidup.

Azam saya untuk emak.....

InsyaAllah sekiranya umur saya panjang, saya nak tunaikan hajat emak untuk menunaikan haji bersama dengan bapa . Selain itu, saya juga mahu membawa emak melancong ke tempat-tempat yang emak suka. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan dan membahagiakan hati emak saya.

Hal yang paling nakal saya pernah buat....

Semasa saya berumur 8 tahun dan abang saya berumur 10 tahun, saya bermain tapuk-tapuk dalam bahasa sabah dan sembunyi-sembunyi orang semenanjung cakap. ketika itu emak bekerja dan hanya tinggal saya, abang dan adik dirumah. Pembantu rumah pula tidak bekerja pada hari itu. Ketika sedang bermain, abang bersembunyi di atas meja dan agak tesorok. Saya pun mencari abang sambil memegang sebatang payung hitam ( payung dulu-dulu yang mana hujungnya adalah tajam dan dibuat daripada besi). Apabila sampai dekat tempat abang menyorok dia pun menyergah dan mengejutkan saya dengan gaya mendepakan tangannya. Apalagi, saya pun cucuk ketiak abang saya. tiba-tiba abang terus jatuh menangis dan mengerang kesakitan, saya tengok ketiak abang berdarah. Saya tidak tahu nak buat apa, lantas abang menyuruh saya memberitahu emak di office yang lebih kurang 1km dari rumah. Saya pun pergilah ke office tetapi yang nakalnya saya tidak terus beritahu emak pasal abang tetapi makan coklat dahulu di meja emak sambil lukis-lukis katun baru bagitahu. Emak terus panik dan bawa saya balik rumah. Sampai-sampai sahaja abang masih menangis. Emak pun meminta bantuan jiran untuk membawa abang ke klinik. Balik ja dari klinik saya kena marah dengan emak. huhuhu...sian abang. Nakal kan saya?

Akhir kata, saya sangat menyayangi emak saya dunia dan akhirat. Emaklah tempat saya mengadu masalah saya tidak kira soal kawan, pelajaran dan juga perasaan. Emak juga perunding fesyen saya, menteri kewangan saya dikala saya memerlukan, dan juga seorang penasihat saya yang amat baik. Saya tidak akan lupakan jasa baik emak terhadap saya dan adik-beradik yang lain. I LOVE YOU SO MUCH MA.....

Oh ya ni gambar emak saya.....wanita yang sangat ayu dan cantik dengan bapa saya yang agak garang disitu tetapi sangat baik.=)






p/s: Last minit join...heheeh.

Wednesday, January 19, 2011

kadang-kadang kita perlu mengatakan tidak.

Assalammulaikum...seingat saya, sepanjang hidup saya selama 22 tahun ini, saya lebih banyak mengatakan IYA, OK, BAIKLAH untuk apa sahaja. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengatakan TIDAK, MAAF, SAyA TIDAK BOLEH. Bukan tidak mahu menolong tetapi saya juga manusia biasa yang seperti kamu, dan kamu yang bergelar pelajar. Punyai masaalah dan tanggungjawab lain. Saya tahu tolong-menolong amalan mulia malah kita digalakkan untuk memudahkan kerja orang lain maka kita juga akan dimudahkanNYA. Tetapi maaf, saya betul-betul tidak boleh. Apalagi hal berkaitan dengan hati dan perasaan. Sedangkan dalam agama pun tiada paksaan kan? MAAF, SAYA TIDAK BOLEH.


* maaf, entri mengarut. saya celaru.