Salam ladies...
Saya baru balik dari library semata-mata untuk mencari jurnal akaun disebabkan server kolej tidak dapat memasuki perkhidmatan jurnal online dalam perpustakaan Tuanku Bainun. Now sudah ada di kolej, ingat nak buat proposal untuk projek tahun akhir tapi tiba-tiba pula terbaca satu petua yang cukup baik ini. Jom sama-sama baca dan amalkan ya...
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambilah sejadah, shalat, berdzikir dan berdo'a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkan pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada ALLAH dengan dzikir dan do'a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Macam lirik lagu senyum tu, "senyum, tak perlu kata apa-apa" =). Ops, senyum tidak hanya dibibir tetapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan kata kunci, "Allahuma kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" yang bermaksud, "Ya ALLAh, sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku"-HR Ahmad.
4. Untuk miliki bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombong diri atau takbur.
5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Jika kuat lebih baik puasa Nabi Daud AS iaitu puasa selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan buah-buahan, dan air putih.
6. sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.
Petua yang mudah dan murah tetapi jika tidak diamalkan hanya sia-sia sahaja. Bagi saya apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman, rohani dan emosi seseorang itu dan bukan hanya fizikal semata-mata. Dan yang sesungguhnya, biarlah kita tidak cantik pada pandangan orang, tetapi cantik pada pandangan-NYA.
Baca, baca, baca, dan selamat beramal. (",)
No comments:
Post a Comment