Thursday, January 20, 2011

Mak, i love you

Assalammualaikum, senja yang damai ini saya teringin nak join contest yang dianjurkan oleh seorang rakan blogger iaitu blog Sudirman. Saya rasa ini merupakan contest yang baik kerana ianya berkaitan dengan seorang IBU. Ini link blog dia.



                                                   http://sudirman1809.blogspot.com 

 Baiklah, bercerita pasal mak, ibu, umi, mummy, atau apapun gelaran bagi seorang wanita yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari sememangnya amatlah sensitif sebenarnya bagi saya. Mak bagi saya seorang wanita yang tiada galang gantinya bagi seorang anak. Saya teringat cerita emak kepada saya dan adik-beradik yang lain kisah emak semasa muda-muda dahulu.Kisahnya begini...

Emak saya bernama Rokiah Binti Sidik. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 orang adik-beradik. Emak hidup berdikari sejak kecil lagi disebabkan kesempitan hidup. Makan nasi dengan garam pernah, berlaukkan sayur pucuk paku atau pucuk ubi yang dipetik di sekitar rumah sahaja pun pernah. Malah makan ubi kayu dengan garam pun pernah disebabkan kemiskinan hidup mereka suatu ketika dahulu. Keadaan bertambah pilu apabila nenek yang berkahwin dalam usia yang masih muda kurang menguasai ilmu-ilmu rumah tangga dengan baik. Nenek tidak seperti ibu lain yang cekap memasak dan membuat kerja-kerja rumah, tambahan pula nenek juga bekerja sebagai peladang. Namun nenek merupakan nenek yang baik dan sporting bagi saya. Datuk pula pencen ketika usia emak dan adik-beradiknya yang lain masih muda disebabkan atuk berkahwin pada usia yang agak lewat dengan nenek. Jadi keadaan tersebut memaksa emak dan adik-beradik yang lain untuk berdikari sendiri mengurus diri mereka. Emak cakap kadang-kadang terliur tengok kawan makan sedap-sedap tetapi mereka tidak disebabkan nenek kurang cekap memasak dan juga disebabkan kemiskinan hidup.

Keadaan menjadi bertambah baik apabila emak melangkah ke sekolah menengah. Emak pun mula belajar memasak daripada jiran-jiran ketika majlis kenduri kendara. Pada usia remaja ini juga emak berkenalan dengan  bapa. Perkenalan mereka bermula apabila bapa menjadi driver emak ketika balik dari asrama. Lama kelamaan perasaan sayang mula timbul dalam diri mereka. Namun begitu atuk tidak setuju dengan hubungan emak dan bapa kerana atuk tidak sukakan bapa. Bagi datuk, bapa tidak mempunyai masa depan kerana tidak mempunyai kerja yang baik, hanya sebagai pemandu sahaja. Tambahan pula bapa bukan warganegara Malaysia pada masa itu. Oh ya, emak saya berbangsa kadazan manakala bapa pula berbangsa bugis.

Disebabkan jodoh mereka kuat, emak dan bapa pun bernikah pada usia yang muda iaitu ketika emak berusia 17 tahun. Pada ketika itu atuk masih tidak setuju dengan pilihan emak tetapi nenek pula setuju dengan pilihan emak. Selepas setahun berkahwin, abang saya pun lahir dan pada tahun ketiga saya pun lahir ke dunia. Seingat saya, sejak kecil lagi emak bekerja untuk membantu meringankan beban bapa disebabkan bapa hanya bekerja sebagai pemandu lori. Emak bekerja sebagai kerani di syarikat sama bapa bekerja. Saya pula tidak seperti anak yang lain yang membesar dengan ibu dan ayah. Saya dan abang dijaga oleh nenek dan atuk sejak berumur 5 tahun sehingga tahun1 kalau tidak silap saya. Bukan emak dan bapa mahu lepaskan tanggungjawab mereka tetapi emak dan bapa bekerja di dalam kem yang tidak terdapat kemudahan sekolah.

Kenapa saya sayang mak saya?

WAJIP bagi saya dan anda semua untuk menyayangi ibu yang bersusah payah melahirkan kita sejak kecil dan mendidik kita menjadi manusia yang berguna. Bagi saya emak merupakan seorang yang cekal, tabah, dan penyayang dan mempunyai sifat sabar yang amat tinggi. Emak juga sanggup berkorban apa sahaja demi menyediakan yang terbaik untuk kami adik-beradik. Saya teringat semasa saya di tahun 5, emak dikejar oleh penganggur jalanan semasa balik dari kerja. Emak tercungap-cungap berlari balik ke rumah untuk menyelamatkan diri. Saya sangat simpati dan kasihan melihat emak pada ketika itu namun apakan daya saya masih terlalu kecil untuk tidak membenarkan emak bekerja. Kejadian itu seingat saya emak tidak ceritakan kepda bapa sebab takut bapa tidak benarkan bekerja. Sejak itu saya berjanji akan membalas segala susah payah emak untuk memberikan kami adik-beradik keperluan hidup.

Azam saya untuk emak.....

InsyaAllah sekiranya umur saya panjang, saya nak tunaikan hajat emak untuk menunaikan haji bersama dengan bapa . Selain itu, saya juga mahu membawa emak melancong ke tempat-tempat yang emak suka. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan dan membahagiakan hati emak saya.

Hal yang paling nakal saya pernah buat....

Semasa saya berumur 8 tahun dan abang saya berumur 10 tahun, saya bermain tapuk-tapuk dalam bahasa sabah dan sembunyi-sembunyi orang semenanjung cakap. ketika itu emak bekerja dan hanya tinggal saya, abang dan adik dirumah. Pembantu rumah pula tidak bekerja pada hari itu. Ketika sedang bermain, abang bersembunyi di atas meja dan agak tesorok. Saya pun mencari abang sambil memegang sebatang payung hitam ( payung dulu-dulu yang mana hujungnya adalah tajam dan dibuat daripada besi). Apabila sampai dekat tempat abang menyorok dia pun menyergah dan mengejutkan saya dengan gaya mendepakan tangannya. Apalagi, saya pun cucuk ketiak abang saya. tiba-tiba abang terus jatuh menangis dan mengerang kesakitan, saya tengok ketiak abang berdarah. Saya tidak tahu nak buat apa, lantas abang menyuruh saya memberitahu emak di office yang lebih kurang 1km dari rumah. Saya pun pergilah ke office tetapi yang nakalnya saya tidak terus beritahu emak pasal abang tetapi makan coklat dahulu di meja emak sambil lukis-lukis katun baru bagitahu. Emak terus panik dan bawa saya balik rumah. Sampai-sampai sahaja abang masih menangis. Emak pun meminta bantuan jiran untuk membawa abang ke klinik. Balik ja dari klinik saya kena marah dengan emak. huhuhu...sian abang. Nakal kan saya?

Akhir kata, saya sangat menyayangi emak saya dunia dan akhirat. Emaklah tempat saya mengadu masalah saya tidak kira soal kawan, pelajaran dan juga perasaan. Emak juga perunding fesyen saya, menteri kewangan saya dikala saya memerlukan, dan juga seorang penasihat saya yang amat baik. Saya tidak akan lupakan jasa baik emak terhadap saya dan adik-beradik yang lain. I LOVE YOU SO MUCH MA.....

Oh ya ni gambar emak saya.....wanita yang sangat ayu dan cantik dengan bapa saya yang agak garang disitu tetapi sangat baik.=)






p/s: Last minit join...heheeh.

3 comments:

  1. nice entri..semoga berjaya utk kontes ni yep..

    ReplyDelete
  2. tq...lebih untuk meluahkan rasa hati sebenarnya...

    ReplyDelete
  3. sayangi mak anda selamanya..tq join contest

    ReplyDelete