Wednesday, January 12, 2011

Sedekah yang paling mulia.

Assalammualaikum..sudah 6 hari tidak meng'update' blog kan. Bukan malas tapi tiada mood. Entahlah kenapa, mungkin sebab masih lagi pening memikirkan pasal projek tahun akhir seperti pada entri yang lepas. Rasa macam mau koma ja sekejap supaya tidak payah pening-pening lalat fikir pasal tu. Haih, apa ni dya, mana boleh macam tu. Masalah kena dihadapi dan diselesaikan. Bukan melarikan diri daripada masalah pulak. Oh no no. Kena kuatkan semangat juga kalau begini.

Oh ya tadi selepas kelas akaun pergi temankan noni selaku teman tidur untuk sem ni pergi mendermakan darahnya di Proton city. Kempen derma darah ni anjuran pelajar DPLI UPSI dengan kerjasama Hospital Slim River kalau tidak silap. Darah ya, bukan dara. Nak cerita sikit pasal situasi kat sana sebab mula-mula nawaitu mau juga derma darah sekali sebab seumur hidup aku selama dua puluh tiga tahun ni, eh silap pulak belum masuk 23 lagi, 22 tahun la, muda sikit, tak pernah lagi derma darah. Jadi agak excited jugalah nak derma darah tadi walaupun sebenarnya rasa takut sangat tengok jarum besar tuh. Aduh, mesti sakit kan. Sampai-sampai ja noni terus isi form derma darah, then check blood pressure dia, then check blood type, berat. Hasilnya, semua ok. Dan yang bagusnya, darah noni jenis  0.

Lepas tu, aksi cocok mencocok pun bermulalah. Masa jarum kecik tak rasa takut sangat tapi bila jarum besar tu rasa seriaula pulak sebab tengok muka noni berkerut jugak.( tak tengok jarum tengok muka noni ja.haha penakut betul la). Lepas tu barulah berani tengok. Tiba-tiba staf klinik yang ambil darah tu pun tanyalah sebab asyik berdiri dekat noni ja. Macam ini dialog dia.

Staf klinik: Ha yang sorang ni taknak derma ke?
dya: eh, takpalah, saya takut la tak berani
staf klinik: La nak takut apanya, tak sakit pun. Tanya kawan awak ni....

apa lagi, terus tanya noni.

dya: sakit tak noni?
noni: takdelah sangat, sikit je masa nak masukkan jarum tuh.

adus, tu yang lemah urat saraf tu.

dya: ha tu kan, sakit juga lah tu. Taknak la.
staf: tak sakitlah, kalau sakit saya bagi Rm20.(ceh setakat Rm20. Kalau Rm200 nak jugak. hehe.Eh tak baik, sebenarnya kena ikhlas kan, namanya pun DERMA.)

dya: Takmaula, lagipun tekanan darah saya rendah. Dah check haritu.
staf klinik:Ala tu haritu, sekarang lain. Meh check dulu, kalau ok terus derma.


Pastu aku pun checkla blood pressure aku. Resultnya i am 126. 

staf: ha kan ok ni. Ok sangat ni. (sukanya dia padahal aku dup dap dup dap sudah ni terbayang jarum besar dia tadi). Meh timbang berat pulak. Jarum penimbang bergerak keatas dan stop. 45kg.
.
staf: ala tak boleh pulak. ngam-ngam 45 je. selamatlah awak..
dya: Ha takboleh ke? hem, takpalah kalau takboleh.(muka buat-buat kecewa padahal gumbira terlepas dari cucukan jarum besar itu. heehhe)
staf: ye, takboleh sebab berat ngam-ngam je. kitaorang tak berani nak tanggung risiko takut jadi pape plak     kalu tak cukup berat ni. Tapi awak isi je form tu sebab nanti kitorang boleh buat catatan sekurang-kurangnya awak berminat tapi tak layak.
dya: Oh macam tu ke. Ok, saya isi.

Pas siap isi borang tu saya pun balik la dengan noni dengan hati yang sedikit teruja. Ceh padahal suka. Sebenarnya derma darah ni bagus sangat. Selain dapat pahala, kita juga dapat kebaikan daripada pendermaan darah tersebut sebab darah lama kita akan diambil dan kemudian darah baru akan terhasil. sekiranya kita tidak menderma darah, ianya akan dibuang sebagai air kencing. Jadi daripada kita buang baik derma kan? jom cekidut kebaikan derma darah ni.

1) Menderma darah bukan hanya dapat menyelamatkan nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama penderma turut menikmati faedahnya. Menderma darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru; secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.

2) Pada masa sama kecekapan badan menggunakan zat besi dalam badan akan meningkat kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah yang baru. Proses ini membantu mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelakkan pengumpulan zat besi berlebihan di jantung yang boleh menyebabkan sakit jantung.

3) Setiap kali anda menderma darah, anda akan mengeluarkan sebahagian daripada zat besi dari badan. Ada kajian menunjukkan zat besi berlebihan akan mempercepatkan pengoksidanan (oksidasi) kolesterol, satu proses yang dianggap boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan akhirnya mengakibatkan penyakit kardiovaskular (serangan jantung dan strok).

4) Secara purata tahap zat besi dalam badan seseorang lelaki ialah kira-kira 1,000 miligram tetapi pada wanita (sebelum menopaus atau putus haid) hanyalah 300 miligram saja. Pengeluaran zat besi pada wanita berlaku ketika haid dan inilah sebabnya wanita muda terlindung daripada sakit jantung. Risiko sakit sama dengan lelaki apabila wanita menopaus kerana zat besi mula terkumpul banyak dalam badan mereka.
 
5) Selain itu secara psikologi, penderma darah sebenarnya berasa lebih tenang kerana mempunyai tahap kesihatan yang baik. Ujian darah akan dilakukan ke atas semua penderma setiap kali mereka menderma darah; walaupun mereka adalah penderma tetap. Ini adalah langkah untuk memastikan semua darah diderma adalah selamat dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan penerima.

6) Langkah ini juga membolehkan penderma mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya.

7) Orang dewasa mempunyai empat hingga lima liter darah. Setiap kali menderma jumlah darah diambil hanya 300 hingga 450 mililiter atau hanya lapan peratus darah dikeluarkan dari badan penderma. Menderma darahdarah baru bagi mengganti darah yang diderma. Secara semula jadi, badan menggantikan semula darah ini dalam masa 72 jam.

8) Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa. Badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari). Ini sebabnya penderma hanya dibenarkan menderma darah sekali dalam masa tiga bulan.

9) Tidak perlu bimbang kemungkinan masalah kekurangan darah kerana ia tidak akan berlaku. Setiap hari badan kita akan menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel yang mati akibat ´tua´. Malah penderma diberikan pil zat besi dan asid filik untuk merangsang badan menghasilkan sel darah baru sebaik selesai menderma darah.
boleh menyihatkan badan kerana badan menghasilkan sel

 sebenarnya banyak lagi kebaikan menderma darah ni.Menurut  Dr. Yusuf Qaradhawi:

Antara sumbangan yang paling berharga,yang boleh dihulurkan kepada pesakit oleh ahli keluarga dan teman-teman adalah menderma darah. Sumbangan ini sangat bermakna kepada pesakit ketika ia melalui proses pembedahan atau untuk membantu dan menggantikan darah yang begitu banyak keluar.

Ianya merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah,kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa seseorang. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menegaskan di dalam Al-Quranul Karim ketika menjelaskan tentang nilai nyawa manusia, firmanNya yang bermaksud: “Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.”( Al-Maidah: 32 )

Betul kan? Inilah dia SEDEKAH YANG PALING MULIA. apalagi, jom kawan-kawan kita pergi menderma darah =)




Ops, belum habis lagi sebelum tu jom kita tengok kriteria penderma darah.

Kriteria penderma

* Anda sihat

* Berumur 18 hingga 60 tahun

* Berat badan 45kg dan ke atas

* Tidur lebih lima jam

* Tiada masalah perubatan seperti penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis atau menjalani pembedahan kurang enam bulan

* Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan mahupun antibiotik dalam tempoh seminggu sebelum pendermaan

* Anda telah mengambil sedikit makanan sebelum menderma darah

* Tidak tengah datang bulan atau haid

* Tidak mengandung atau menyusukan anak

* Tidak mengambil alkohol dalam tempoh 24 jam

* Pendermaan terakhir tiga bulan ke atas

* Tidak terlibat dalam kegiatan seperti melakukan hubungan sejenis (homoseksual), hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual), hubungan jenis dengan banyak pasangan atau pelacur dan penyalahgunaan dadah secara suntikan. 

 Oh ya nak share sedikit mengenai mitos menderma darah ni. 
Bukan punca gemuk

“Sedangkan, jangka hayat darah adalah terhad kerana darah merah boleh digunakan dalam tempoh 42 hari sahaja manakala platelet hanya boleh bertahan lima hari,” katanya.
JANGKA hayat darah agak terhad iaitu 42 hari, manakala platelet darah hanya lima hari.


Beliau juga menjelaskan, bekalan darah bukan sahaja untuk kegunaan mangsa-mangsa kemalangan tetapi juga diperlukan untuk kes-kes kronik yang memerlukan pemindahan darah seperti talasemia, buah pinggang, kanser, leukemia kes-kes pembedahan dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan di Pusat Kesihatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Dinon Mohd. menjelaskan, sekiranya penderma darah mengalami pertambahan berat badan, ia bukan berpunca daripada aktiviti menderma darah tetapi disebabkan oleh faktor lain.
“Masalah kegemukan selepas menderma tak benar, jika ini berlaku ia berkemungkinan disebabkan oleh faktor genetik, emosi, pemakanan atau kurangnya aktiviti riadah seseorang itu,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Zon Klang Lama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dr. Umi Ahmad berkata, menderma darah mampu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

“Kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel-sel darah merah baru dan proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung,” katanya.
Katanya, menderma darah juga membawa kebaikan dari aspek sosial kerana amalan itu dapat menolong mereka yang memerlukan dan ia adalah sebahagian daripada tuntutan fardu kifayah. – Bernama

ok. setakat ni sahaja. Bye. Jom ramai-ramai derma darah! ( Tiba-tiba rasa bersemangat dan tidak takut mau derma darah. heh)




No comments:

Post a Comment