salam ladies,
Entry hari ini ialah satu tips untuk wanita sahaja ya.
Sebenarnya rambut ikal macam ni boleh buat sendiri je kat rumah. Tak payah pergi saloon-saloon dan habiskan duit semata-mata nak buat rambut ‘curl’ yang hanya bertahan 3jam. Tak payah jugak nak beli hair curler ataupon roller. Membazir kan?
Jom curl kan rambut dengan cara paling jimat!
1. Kita hanya perlukan kertas terpakai macam paper bag. Paper bag dapat curlkan rambut. Iyeke? Tak percaya baca step seterusnya.
2.Potong kertas lebih kurang panjang rambut korang, dan lebar lebih kurang 3cm. Agak-agak je, tak payah ambik pembaris and ukur.
3. Cuci rambut dengan shampoo dan keringkan. Jangan kering-kering sangat. Biarkan rambut lembab-lembab sikit.
4. Kalau rambut tebal, ikatlah sikit rambut korang dan tinggalkan selapis rambut di belakang.
5. Ambil sikit dari bahagian rambut korang yang tak diikat, kertas yang tadi korang gunting itu, gulungkan bersama-sama rambut. Gulung-gulung…… bila sampai atas, ikat kertas tu.
6. Lepaskan rambut yang korang ikat tadi. Gulung lagi sekali dengan kertas. Kali ni gulung lagi ketat sebab bahagian atas kalau gulung ketat-ketat nanti curl jadi lagi lawa.
7. Biarkan rambut yang basah tu kering sendiri.
8. Bila dah kering, lepaskan semua kertas rambut tadi .
9. Dijamin rambut korang akan curl dengan cantiknya! Kalau betul lah cara yang korang buat tu.
p/s: Mungkin masa mula mula tanggalkan kertas, rambut akan jadi kaku kejung macam ulat gonggok. Tunggu dalam sejam rambut korang akan nampak natural.
sumber
No comments:
Post a Comment