Friday, December 31, 2010

My wishlist 2011

Assalammualaikum, hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2011. Tahun 2010 menyimpan pelbagai kisah suka duka yang banyak mematangkan diriku. Tentang persahabatan, tentang perasaan, penipuan, kekecewaan, kesakitan, dan kegembiraan. Semuanya aku lalui dengan kekuatan mental dan fizikal walaupun kadangkala terasa diri seperti tidak mampu untuk menghadapi semua itu. Namun aku yakin dengan janji Allah yang tidak menguji hambaNya diluar kemampuan. Dan pastinya semua qada dan qadar yang DIA aturkan menjanjikan seribu satu hikmah disebaliknya. Itu pasti. Menjadi satu kebiasaan masyarakat dunia untuk berazam apabila tahun baru menjelma, begitu juga dengan aku. Bagi aku azam tidak semestinya baru setiap tahun kerana ada azam yang belum tercapai ataupun kita belum berpuas hati dengan azam yang lepas. Azam aku untuk tahun baru ini ialah:
1) Menjadi insan yang lebih baik di sisi-NYA
2) Menjadi anak yang lebih baik
3) Menjadi kawan yang lebih baik
4) Meningkatkan prestasi pelajaran
5) Lebih menjaga kesihatan (Tahun ini tahun yang aku paling kerap sakit)
6) Ingin memiliki barang berharga yang belum aku miliki. Ada banyak, 

6 ja rasanya setakat ini. Apapun azam anda, pastikan ianya akan mendatangkan kebaikan dan bukan memudaratkan diri ya, dan sia-sia sahaja jika hanya berazam tetapi tidak berusaha merialisasikan azam tersebut. Jadi,apa pula azam tahun baru anda?


SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!


Halal atau Haram?


Berikut ini saya kongsikan senarai restoran terkenal yang disahkan HALAL dan yang ditarik balik Sijil Halal oleh JAKIM, untuk rujukan kita bersama.
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-



  • Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
  • Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
  • Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
  • Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
  • Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
  • Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
  • Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE .
Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
  • Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
  • Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
  • Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
  • Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
  • Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
  • Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
  • Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
  • Pernyataan mencampurkan minyak B*B* untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM.
  • Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
  • Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
 sumber: Blog PakarHowTo

Budak dibelasah sampai lebam

KUALA LUMPUR: Hanya kerana kereta mewah miliknya terkena ludah, seorang lelaki bertindak kejam membelasah seorang kanak-kanak berusia enam tahun sehingga mangsa parah dan terpaksa dimasukkan ke hospital selama empat hari.
Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira jam 4.30 petang Ahad lalu, apabila mangsa, Solihan Ramzan, secara tidak sengaja meludah sisa makanannya dari rumahnya yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai di Jalan Batu Belah, Jalan Ipoh, di sini.

Bapa saudaranya, Mohd Amir Salamatula, 43, berkata ludahan Solihan itu terkena kereta BMW milik lelaki berusia 30-an itu yang diletakkan di tingkat bawah.
“Melihat perbuatan anak saudara saya menyebabkan keretanya kotor, lelaki itu terus masuk ke dalam rumah lalu membelasahnya sehingga nyawa-nyawa ikan.

“Ketika kejadian hanya ibu Solihan berada di rumah, namun dia tidak sedar kerana sedang tidur di dalam bilik. Mujur ibu saudaranya yang tinggal berjiran menyedari kejadian itu dan segera merayu lelaki itu menghentikan perbuatannya,” katanya.

Bagaimanapun, kata Mohd Amir, rayuan itu tidak dihiraukan malah seperti dirasuk dia terus membelasah Solihan sehingga lembik.
“Tidak tahan dengan perbuatan lelaki berkenaan, saudara saya menawar diri supaya dia dibelasah dan Solihan dilepaskan, namun usaha itu juga tidak berhasil.

“Selepas Solihan lembik dan muntah darah, barulah lelaki itu melepaskannya dan meninggalkan rumah,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro di sini, semalam.
Mohd Amir berkata, ibu Solihan yang menyedari kejadian itu terkejut apabila melihat anaknya berlumuran darah dan segera membawa kanak-kanak itu mendapat rawatan di Hospital Selayang.

“Solihan berada di hospital itu selama empat hari selepas doktor mendapati ada darah beku di kepalanya dan matanya juga rosak. Dia baru dibenarkan pulang petang ini (semalam), namun perlu mendapatkan rawatan susulan untuk pemeriksaan mata pada Sabtu ini dan darah beku di kepalanya pada 28 Februari depan,” katanya.

Menurutnya, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Jinjang pada 26 Disember lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan yang dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terkejut apabila membaca artikel di atas kerana manusia sekarang nampaknya sudah semakin hilang pertimbangan dan sifat kemanusiaan. Hanya dengan ketidaksengajaan, mangsa diperlakukan seperti demikian. Rasa geram dan marah pun ada juga. Bayangkanlah situasi sama kena dengan anak dia atau junior family dia, apa rasanya?. Inillah akibatnya apabila perasaan marah tidak dapat dikawal. Firman ALLAH SWT:

‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan.’
(Surah Ali Imran: 134)

Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu.’(Riwayat At-Tarmizi).

sumber: Mymetro




Thursday, December 30, 2010

Pahala malam jumaat

Syukur alhamdulillah kepada Allah swt kerana telah memberikan nikmat peluang kepada kita untuk bernafas sehingga saat ini. Hari ini saya mahu berkongsi mengenai mengenai kebaikan membaca surah yaasin yang sememangnya menjadi amalan biasa bagi umat islam pada malam jumaat dan juga pada hari-hari yang lain.

  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasullulah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Begitu banyak kebaikan dan manfaat membaca surah yaasin ini. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. InsyaAllah.

~Sudahkah anda membaca surah yaasin malam ini? Jom ramai-ramai baca surah yaasin..=)



Wednesday, December 29, 2010

Segmen Jom Berkenalan



Akhirnya saya telah menjumpai satu tajuk entry yang sangat sesuailah saya rasa untuk dyapunyabelog ni. Kenapa saya cakap macam tu? sebab dyapunyabelog ini 'masih baby' baru berusia sebulan 7 hari, kawan-kawan pun tak ramai.Eh salah, sepatutnya mention sangat tidak ramai sebab hanya ada 2 orang sahaja. Post entry pun rasa-rasa tiada orang yang baca dan bermaksud saya hanya beranalogi sahaja. Hehehe... Tapi sebenarnya tujuan utama saya melahirkan blog ini disebabkan untuk melahirkan rasa hati saya ni. Yalah, kadang-kadang nak meluahkan perasaan ni susah nak cari person yang mahu berkongsi kan? even orang yang paling rapat dengan kita, except my mom. Walaupun semua perkara saya dapat  kongsi dengan mak saya, namun saya rasa menulis merupakan satu terapi minda yang amatlah baik.

Sebenarnya entry kali ini tercetus daripada seorang rakan kenalan blogger yang baru saya kenali yang juga merupakan rakan satu universiti saya. singgah di blog dia dan terbaca entry ini. Jadi tanpa berfikir panjang saya pun nak join segmen ini. Yalah, manalah tau saya dapat tambah ramai kenalan kan bagus juga. Jom kita cekidut soalan-soalan yang saya kena jawab:

                             1) Buat Entry  bertajuk"SEGMEN  JOM BERKENALAN"-DONE.
                            2) Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda- DONE.
                                                            3) Jawab 7 soalan berikut:

Apakah status anda?
Jawapannya: status saya single but not available (available untuk seorang sahaja,ececeh).oh status kat facebook saya pulak mahu letak "nak makan eskrim drumstick!"

 ceritakan tentang diri anda.
saya seorang pelajar UPSI, stay di Kolej KAB. Sekarang berada di semester 6 dan saya berasal dari Sabah. So, kalau ada slanga sabahan tu faham-fahamlah ya. Saya rasa saya seorang yang happy go lucky dan mudah berkawan dengan orang yang sama macam saya. Maksud saya bukan seiras, tapi sekepala. Cita-cita saya masa kecik-kecik tak pandai buang hingus lagi ialah menjadi seorang doktor. Tapi qada dan qadar saya telah ditetapkan untuk menjadi seorang pendidik. Tapi sebenarnya saya lebih berminat untuk menjadi seorang usahawan. Usahawan apa? usahawan berjaya. hehehe...insha Allah, doakan ya. Kalau cerita tentang diri ini memang panjang berjela saya rasa. Jadi baik fullstop di sini.

ceritakan tentang blog anda.
Disebabkan blog saya ini masih baru, saya hanya mahu meramaikan lagi rakan blogger saya sebab dengan adanya rakan-rakan yang ramai, kita akan mudah untuk mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, disamping boleh berkongsi pendapat dan berkongsi bantal. Eh silap, itu dengan kucing saya saja.hehe. Untuk blog saya  ini entry yang akan saya post adalah berkaitan dengan kehidupan peribadi saya, ala-ala diary la juga kiranya, tapi tidak ketinggalan juga untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa berfaedah.

   nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
wah, saya rasa sesiapa yang membaca blog saya ni patut beri nasihat dengan saya sebab saya pun baru buat blog. sebenarnya ada blog lama tapi sudah pencen atas sebab yang munasabah saya rasa. Oleh sebab tidak dapat bagi nasihat, saya bagi pendapat sahaja. Bagi saya untuk rakan-rakan yang seangkatan dengan saya yang baru ada blog ini kita sepatutnya rajin-rajinkan diri jadi follower rakan-rakan yang otai, atau rajin-rajinkan diri untuk mengomen entry kawan, ataupun post entry yang gempak. Rasanya banyak lagi tips untuk yang baru buat blog ini, jadi kalau rasa patut diberikan nasihat, silakan lah ya. Maklumlah, saya budak baru belajar kalau salah tolong bagi hadiah, eh tolong tunjukkan.

nyatakan keunikan blog anda
Unik itu suatu yang subjektif kan? orang pakai baju terbalik pun bagi sesetengah orang adalah unik. Mak-mak masak kuih buat macam bentuk burung ka, cicak ka, pun unik. orang pakai underware di luar pun boleh dikata unik. Pokoknya, unik itu memang subjektif. Ada pada pandangan orang yang unik tapi tidak bagi kita, dan begitulah sebaliknya. Bagi saya, unik berkaitan dan adik-beradik sepupu-sepapat dengan kreatif. Jam yang dibuat daripada batu, unik dan kreatif kan? Ok lah, apa keunikan blog saya? bagi saya keunikan blog saya ialah.......comel.hehehe...walaupun saya perasan blog saya comel tapi biarlah. Sebab ini pendapat saya. keunikan dari aspek penulisan pula saya rasa saya menulis dan bukan meng'copy' and 'paste'. 

sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
jawapan kali ini sangat ringkas, padat dan mutakhir. saya akan menulis blog selagi saya mampu. sekiranya saya berumur 100 tahun dan masih berkemampuan untuk menulis blog maka, i do. Impian saya pula dalam dunia blog ialah menjadi seorang yang boleh berkongsi info dan pengetahuan yang berfaedah kepada rakan-rakan blogger yang lain seperti menurut Baginda Rasulullah S.A.W,"sampaikanlah pesanku walau sepotong ayat". insha Allah. Dan....kalau ada rezeki ingin mencari rezeki menggunkan blog.

4) Tagged 4 orang rakan blogger anda:

Oleh sebab kawan saya amatlah sedikit pada waktu ini, maka saya dengan sukacitanya tag JIHA lagi. Hehe.

5) Linkkan entry anda ke ruangan komen-D0ne.

Ok. semua soalan sudah dijawab kan. Bye and salam and Tq Cikgu Akim.

1st Lucky Draw by Misz Nana

assalammualaikum...




Hari ini aku dapat jemputan untuk join 1st Lucky Draw by Misz Nana. Rasa macam best ja, tu yang join tu. Anyway thanks to misz nana sebab telah menjemput aku untuk join 1st lucky draw dia. Jom cekidut blog dia bagi sesiapa yang mahu join juga kat SINI. oleh sebab join ni kena tag seorang kawan maka tak lain tak bukan terpaksalah tag JIHA.hehe.....


Monday, December 27, 2010

kenapa orang melayu makan guna tangan?

Mungkin ramai di antara kita (orang melayu) yang tidak tahu mengapa dan kenapa kita makan menggunakan tangan, bukan sudu dan garfu ( orang barat) mahupun guna chopstick bagi orang berbangsa cina. kalau di ikutkan memang persoaalan ni agak remeh kan? mungkin dalam kepala otak korang akan fikir, takda soalan lain ka orang ni? ataupun tak pernah terfikir langsung pasal soalan ini?. sebenarnya bagi aku penting untuk kita tahu soalan-soalan yang bagi kita remeh, tetapi ianya sebenarnya bersangkut-paut dengan budaya kita. Yala, manalah tahu ada orang asing yang bertanya kepada kita mengapa orang kita makan menggunakan tangan? kalau tak dapat jawab kan malu....

so, hari ini aku nak kongsi info mengapa orang melayu makan guna tangan, bukan guna kaki atau siku yang aku dapat daripada blog ini. Jom cekidout. 

Al-kisahnya begini....

soalan ini dijawab dengan mudah pada akhir abad ke-19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor yang bernama Tengku Kudin. perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pengawal tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu di dalam bukunya "Chersonese-The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.
ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan menggunakan tangannya!

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa  tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya. "kenapa anda makan dengan tangan? bukankah menggunakan sudu dan garfu lebih bersih dan sopan?
Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. katanya:
"saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab."

" Pertama:
"saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya-bukan orang lain. sudu dan garfu yang dibasuh oleh orang lain belum tentu cukup bersih."

"kedua:
"saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya-tidak pernah dipinjam oleh orang lain,sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya."

"ketiga:
"saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang!!

jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tetapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

moralnya: kita jangan mudah menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan budaya dengan kita. Masing-masing ada rasionalnya mengapa mereka berbuat begitu.


Friday, December 24, 2010

kawan saya kata "keputusan adalah muktamad"-setuju.

Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Result sudah keluar dan....





Hampa....



Tapi tetap bersyukur...dan usaha lagi dya! itu yang paling penting kan?


Thursday, December 23, 2010

Bila hati jadi kecil,eh silap 'terkecil hati'

Tiba-tiba rasa mau letak title tu sebagai tajuk entry setelah lama tidak menga'update'belog. Huh,what the title? siapa yang terkucil,eh terkecil hati ni ha?? saya la tu. skemanya, guna aku la.boleh kan kan? boleh, ini belog aku yang punya. mari kembali ke pangkal jalan. Maksud aku ke tajuk entry. Tiba-tiba rasa sunyi, diri tidak dihargai, Macam tiada siapa yang pernah faham perasaan aku di dunia ni. Memang macam dalam tahap period pain guling-guling walaupun tidak. kalau test main game emo di facebook tahap suda sampai 150cm. eh bukan itu tinggi aku. 150%. tinggi betul kan?cepat cakap iya kalau tidak akan mencecah 1500%!!. Macam-macam perkara yang tidak kena dihati sejak dua tiga menjak ni. emo sebab ada orang tu macam tidak peduli dengan aku walaupun aku sakit (ini sakit betul,bukan tipu), emo sebab tidak dapat menghabiskan duit dengan bershopping stuff kesukaan ak, emo sebab badan makin demok, bukan,sebenarnya comel. emo sebab rambut selalu gugur, bulu mata jugak. Dan PALING EMO sebab.........rindu mak, bapa, c busuk,..ini sangat emo.

salam mau tido. 


Friday, December 17, 2010

Di saat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya



Disaat kamu mulai tidak mencintainya
ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya



Disaat kamu mulai bosan dengannya
ingatlah selalu saat terindah bersamanya



Disaat kamu ingin menduakannya
bayangkan jika dia selalu setia



Saat kamu ingin membohonginya
ingatlah disaat dia jujur padamu



Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu




Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari



Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian



Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga
Ingatlah pada pepatah, "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"



Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun,
begitu bangun semuanya sirna tak berbekas
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..



Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan



Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa



Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Thursday, November 25, 2010

Sederhana yang bahagia atau sempurna yang merana?

Jika kamu memancing ikan….
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu….
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ………

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. …
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap iabegitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. …
Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menambalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya….
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa….
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. … akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan…..
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU.
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan MENYESAL….
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan….. yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU.

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.

Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain… Kamu juga yang akan MENYESAL tidak sudah..

Tuesday, November 23, 2010

Lelaki manakah yang setia

Saya terbaca satu ‘statement’ yang mengatakan lelaki yang tidak mempunyai naluri berkahwin lebih daripada satu bukanlah lelaki sejati namanya.. Saya ada pendapat saya sendiri yang mengatakan bahawa ‘statement’ itu tidak tepat. Bagi saya tidak semua lelaki mempunyai naluri untuk berkahwin lebih daripada satu.

Namun ada satu ketika, kebanyakan lelaki ingin merasa kembali bercinta seperti mahu mengimbau zaman bercinta. Apa yang nyata, lelaki adalah lelaki, setua mana pun mereka, apabila di jamu di depan mata perempuan yang mempunyai raut tubuh yang segar dan mengiurkan pasti nafsu mereka terangsang dan iman mereka boleh cair.

Dengan erti kata sebenar, itulah pandangan saya, hampir setiap lelaki pasti ada keinginan untuk merasa muda kembali, merasa bercinta kembali, merasa mempunyai teman wanita yang muda kembali dan ingin merasa membuat hubungan dengan perempuan lain selain daripada yang ada.

Walaupun hampir semua lelaki menyimpan keinginan begitu, tetapi apa yang pasti keinginan-keinginan begitu tidak selalunya diiringi dengan keinginan untuk berkahwin lebih daripada satu.

Sebenarnya banyak juga lelaki yang tidak suka berkahwin lebih daripada satu tetapi mereka lebih suka mempunyai hubungan bebas tanpa perkahwinan. Banyak lelaki yang tidak mahu terikat dengan perkahwinan lain dan juga tidak mahu memenuhi satu lagi tanggungjawab menambah keluarga lebih daripada satu.

Pun begitu masih banyak lelaki di atas mukabumi ini yang dapat mengawal nafsu mereka, kerana mungkin mereka tidak mampu dari segi kewangan, tidak mampu untuk membahagi kasih sayang, tidak mampu untuk melukai hati teman yang sedia ada, tidak mampu untuk memporak perandakan kedamaian rumahtangga yang sedia ada dan juga tidak mampu untuk memeningkan kepala yang selama ini tenang.

Malah masih banyak juga lelaki yang begitu setia dan amat menghargai kebahagiaan hidup sebuah keluarga mereka selama ini. Menghargai cinta wanita yang dijambang untuk sekian waktu.

Sebenarnya lelaki sebeginilah lelaki yang matang, sentiasa berfikir panjang, bimbang tidak dapat berlaku adil, risau melukai hati isteri, takut tidak terdidik anak-anak. Bahkan mereka dapat mengawal nafsu dengan baik atau tidak ingin melayan perasaan untuk bercinta atau keinginan untuk berkahwin setelah melihat sendiri pengalaman teman-teman atau orang di sekeliling yang berkahwin atau bercinta lebih daripada satu dan kemudian bercerai berai. Isteri entah kemana, anak pergi merata.

Lelaki yang mempunyai kekuatan mental begini adalah lelaki yang lebih peka apabila melihat teman-teman sekeliling yang tidak pernah bahagia akibat berkahwin lebih daripada satu kerana tidak semua lelaki bertuah dapat memiliki kebahagiaan sebenar hidup berumahtangga apabila berkahwin lebih daripada satu. Malahan banyak yang lebih malang dari tuah.

Daripada pengamatan saya dan pemahaman saya tidak semua lelaki sejati mahu berkahwin lebih daripada satu dan tidak semua lelaki yang berkahwin lebih daripada satu itu adalah lelaki sejati. Itu hanya pendapat saya, apa pula pendapat sebenar daripada laki-laki di luar sana.

no entry

salam, sebenarnya hari ini bermula lagi hari untuk saya menaip sebab sudah terlalu lama saya tidak meluahkan perasaan dengan menaip.Entah kenapa hati tiba-tiba rasa terlalu sunyi sejak kebelakangan ini walaupun sebenarnya exam hanya tinggal sehari lagi. Ok, tidak tahu hendak cerita apa sekarang disebabkan perasaan risau untuk exam lusa nanti..yelah, study baru sikit jak,,padahal 3 paper killer semuanya. 


current mood : studyla...wish me luck...amin. Oh ya jangan lupa baca doa, baru ilmu berkat..