Akhirnya saya telah menjumpai satu tajuk entry yang sangat sesuailah saya rasa untuk dyapunyabelog ni. Kenapa saya cakap macam tu? sebab dyapunyabelog ini 'masih baby' baru berusia sebulan 7 hari, kawan-kawan pun tak ramai.Eh salah, sepatutnya mention sangat tidak ramai sebab hanya ada 2 orang sahaja. Post entry pun rasa-rasa tiada orang yang baca dan bermaksud saya hanya beranalogi sahaja. Hehehe... Tapi sebenarnya tujuan utama saya melahirkan blog ini disebabkan untuk melahirkan rasa hati saya ni. Yalah, kadang-kadang nak meluahkan perasaan ni susah nak cari person yang mahu berkongsi kan? even orang yang paling rapat dengan kita, except my mom. Walaupun semua perkara saya dapat kongsi dengan mak saya, namun saya rasa menulis merupakan satu terapi minda yang amatlah baik.
Sebenarnya entry kali ini tercetus daripada seorang rakan kenalan blogger yang baru saya kenali yang juga merupakan rakan satu universiti saya. singgah di blog dia dan terbaca entry ini. Jadi tanpa berfikir panjang saya pun nak join segmen ini. Yalah, manalah tau saya dapat tambah ramai kenalan kan bagus juga. Jom kita cekidut soalan-soalan yang saya kena jawab:
1) Buat Entry bertajuk"SEGMEN JOM BERKENALAN"-DONE.
2) Paste banner segmen jom berkenalan dalam entry anda- DONE.
3) Jawab 7 soalan berikut:
Apakah status anda?
Jawapannya: status saya single but not available (available untuk seorang sahaja,ececeh).oh status kat facebook saya pulak mahu letak "nak makan eskrim drumstick!"
ceritakan tentang diri anda.
saya seorang pelajar UPSI, stay di Kolej KAB. Sekarang berada di semester 6 dan saya berasal dari Sabah. So, kalau ada slanga sabahan tu faham-fahamlah ya. Saya rasa saya seorang yang happy go lucky dan mudah berkawan dengan orang yang sama macam saya. Maksud saya bukan seiras, tapi sekepala. Cita-cita saya masa kecik-kecik tak pandai buang hingus lagi ialah menjadi seorang doktor. Tapi qada dan qadar saya telah ditetapkan untuk menjadi seorang pendidik. Tapi sebenarnya saya lebih berminat untuk menjadi seorang usahawan. Usahawan apa? usahawan berjaya. hehehe...insha Allah, doakan ya. Kalau cerita tentang diri ini memang panjang berjela saya rasa. Jadi baik fullstop di sini.
ceritakan tentang blog anda.
Disebabkan blog saya ini masih baru, saya hanya mahu meramaikan lagi rakan blogger saya sebab dengan adanya rakan-rakan yang ramai, kita akan mudah untuk mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita, disamping boleh berkongsi pendapat dan berkongsi bantal. Eh silap, itu dengan kucing saya saja.hehe. Untuk blog saya ini entry yang akan saya post adalah berkaitan dengan kehidupan peribadi saya, ala-ala diary la juga kiranya, tapi tidak ketinggalan juga untuk berkongsi sesuatu yang saya rasa berfaedah.
nasihat anda kepada rakan-rakan yang baru nak buat blog.
wah, saya rasa sesiapa yang membaca blog saya ni patut beri nasihat dengan saya sebab saya pun baru buat blog. sebenarnya ada blog lama tapi sudah pencen atas sebab yang munasabah saya rasa. Oleh sebab tidak dapat bagi nasihat, saya bagi pendapat sahaja. Bagi saya untuk rakan-rakan yang seangkatan dengan saya yang baru ada blog ini kita sepatutnya rajin-rajinkan diri jadi follower rakan-rakan yang otai, atau rajin-rajinkan diri untuk mengomen entry kawan, ataupun post entry yang gempak. Rasanya banyak lagi tips untuk yang baru buat blog ini, jadi kalau rasa patut diberikan nasihat, silakan lah ya. Maklumlah, saya budak baru belajar kalau salah tolong bagi hadiah, eh tolong tunjukkan.
nyatakan keunikan blog anda
Unik itu suatu yang subjektif kan? orang pakai baju terbalik pun bagi sesetengah orang adalah unik. Mak-mak masak kuih buat macam bentuk burung ka, cicak ka, pun unik. orang pakai underware di luar pun boleh dikata unik. Pokoknya, unik itu memang subjektif. Ada pada pandangan orang yang unik tapi tidak bagi kita, dan begitulah sebaliknya. Bagi saya, unik berkaitan dan adik-beradik sepupu-sepapat dengan kreatif. Jam yang dibuat daripada batu, unik dan kreatif kan? Ok lah, apa keunikan blog saya? bagi saya keunikan blog saya ialah.......comel.hehehe...walaupun saya perasan blog saya comel tapi biarlah. Sebab ini pendapat saya. keunikan dari aspek penulisan pula saya rasa saya menulis dan bukan meng'copy' and 'paste'.
sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog.
jawapan kali ini sangat ringkas, padat dan mutakhir. saya akan menulis blog selagi saya mampu. sekiranya saya berumur 100 tahun dan masih berkemampuan untuk menulis blog maka, i do. Impian saya pula dalam dunia blog ialah menjadi seorang yang boleh berkongsi info dan pengetahuan yang berfaedah kepada rakan-rakan blogger yang lain seperti menurut Baginda Rasulullah S.A.W,"sampaikanlah pesanku walau sepotong ayat". insha Allah. Dan....kalau ada rezeki ingin mencari rezeki menggunkan blog.
4) Tagged 4 orang rakan blogger anda:
Oleh sebab kawan saya amatlah sedikit pada waktu ini, maka saya dengan sukacitanya tag JIHA lagi. Hehe.
5) Linkkan entry anda ke ruangan komen-D0ne.
Ok. semua soalan sudah dijawab kan. Bye and salam and Tq Cikgu Akim.
tahnx dya!
ReplyDeletetag org!
org da buat dah
hahahahha..ok2..salam perkenalan..satu upsi n satu KAB...saya exco kebajikan KAB..lau ada masalah sal kebajikan cakapja k...
ReplyDeletesemoga akak terus berjaya capai cita2..jadilah guru yang baik hati jangan garang2..lalalalala...
jiha....sama2.....
ReplyDeleteckgu akim...garang ka?