Assalammualaikum, hanya tinggal beberapa minit sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru 2011. Tahun 2010 menyimpan pelbagai kisah suka duka yang banyak mematangkan diriku. Tentang persahabatan, tentang perasaan, penipuan, kekecewaan, kesakitan, dan kegembiraan. Semuanya aku lalui dengan kekuatan mental dan fizikal walaupun kadangkala terasa diri seperti tidak mampu untuk menghadapi semua itu. Namun aku yakin dengan janji Allah yang tidak menguji hambaNya diluar kemampuan. Dan pastinya semua qada dan qadar yang DIA aturkan menjanjikan seribu satu hikmah disebaliknya. Itu pasti. Menjadi satu kebiasaan masyarakat dunia untuk berazam apabila tahun baru menjelma, begitu juga dengan aku. Bagi aku azam tidak semestinya baru setiap tahun kerana ada azam yang belum tercapai ataupun kita belum berpuas hati dengan azam yang lepas. Azam aku untuk tahun baru ini ialah:
1) Menjadi insan yang lebih baik di sisi-NYA
2) Menjadi anak yang lebih baik
3) Menjadi kawan yang lebih baik
4) Meningkatkan prestasi pelajaran
5) Lebih menjaga kesihatan (Tahun ini tahun yang aku paling kerap sakit)
6) Ingin memiliki barang berharga yang belum aku miliki. Ada banyak,
6 ja rasanya setakat ini. Apapun azam anda, pastikan ianya akan mendatangkan kebaikan dan bukan memudaratkan diri ya, dan sia-sia sahaja jika hanya berazam tetapi tidak berusaha merialisasikan azam tersebut. Jadi,apa pula azam tahun baru anda?
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!
No comments:
Post a Comment