Monday, February 28, 2011

Birthday entry: Allah selamatkan kamu..

Salam dan selamat tengah malam semua..

Sekarang saya mau cerita mengenai hari ulangtahun adik lelaki saya. Nama panggilan dia Coman. Dia ni seorang adik yang agak keras kepala, gila-gila sikit, nakal jugak, tapi bijak. Antara adik-adik saya dialah yang paling lucu saya rasa. Ada-ada ja benda yang dia buat saya geli hati. walaupun di sekolah dia antara pelajar yang sangatlah pendiam (yaka man?) tapi sebaliknya di rumah tidak jugaklah pendiam. Bising jugalah mulut dia ni..Oh ya selain tu dia juga selalu bergurau dengan bapa dan mama saya. Time dia kecil-kecil dulu dia seorang yang agak cengeng seingat saya. Sikit-sikit mau nanges ja dia ni. Apapun semakin meningkat remaja dia semakin matang tapi perangai mengarutnya tetap tidak hilang. Sekarang dia berada di Matrikulasi Labuan. 

ucapan untukmu mybro: 
Selamat Hari lahir yang ke 19. Jangan nakal-nakal, ingat keluarga, jadilah anak yang soleh, dan semoga berjaya dunia dan akhirat..Luv u bro!.Hadiah tunggu....


Oh ya. saya beberapa picca mybro sejak dia kecil sampai la sekarang.













p/s:ok tu ja la setakat ni.penat pulak mengedit ni.hehe. Happy Birthday my bro, god bless you!




Sunday, February 27, 2011

Contest Pose MeNarik

Salam ladies, 
Ceritanya begini, beberapa hari lepas saya sudah diTAG oleh kawan saya iaitu Jiha untuk join contest pose menarik. Haih, rasa macam tidak mau join sebab saya ni jarang pose, hehehe..konon jelah. Apapun saya join jugaklah contest ni. Kalau you all mau join klik sahaja link bawah ni ok. Then ikut je prosuder dia kat Alyn Zakree.



Dan pose yang saya letak ialah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


tadaaaaaaa...macam suspen ja kan,padahal pic ni ja pun.hehe. Tapi saya suka pic ni sebab nampak happy ja time ni. Dari kiri Dila, Yati, umi dan saya. Gambar ni gambar tahun lepas masa pergi jalan-jalan di Genting Highland.

ok ladies yang berminat,jom join. Saya nak tag :


ok. Bye,nak mimpi mak.Rindu.=(


Tuesday, February 22, 2011

Join FaceBloG!

Faceblog? Facebook+blog?


TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA



Macam best ja kan? so ladies and gentelman, apalagi jom join FaceBlog ramai-ramai. Senang ja cara nak join. Just follow step yang telah diberikan oleh moderator tu. Happy facebook, happy blog and happy FaceBlog!.=p

Thursday, February 17, 2011

Bahaya terlalu lama bermain komputer

Hati-hati jika anda seorang yang gemar menggunakan komputer sepanjang hari! Anda boleh terdedah kepada bahaya Carpal Tunnel Syndrome.

Carpal Tunnel Syndrome ialah penyakit yang menyerang bahagian pergelangan tangan. Penyakit ini mampu menyebabkan tangan menjadi lumpuh. Risiko penyakit ini ialah sebanyak 10% untuk orang dewasa.









Gejala :
· Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
· Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
· Sering menjatuhkan barang

Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
· Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
· Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
· Duduklah dengan tegak.


Add caption
 

Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 1431H

Assalamualaikum semua...

Pagi yang mulia ini dan bersempena dengan hari Keputeraan Nabi terulung Nabi Muhammad S.A.W, marilah kita sama-sama perbanyakkan selawat kepada junjungan baginda dan keluarga baginda demi menunjukkan tanda kasih dan sayang kita kepada baginda.

"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. "...Selamat Menyambut MAulidur Rasul kepada seluruh umat islam..

mula-mula dengar selawat untuk Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Suka video ini sebab teringat kembali kemeriahan sambutan maulud time sekolah rendah dulu.





lagu Raihan ni paling suka dan minat..just for our Prophet, Nabi Muhammad S.A.W



Rindu Rasul ♥

selamat menghayati lagu dan berselawat. Salam Maulidur rasul.


Sunday, February 13, 2011

mari membaca tentang petua kecantikan dalam islam

Salam ladies...

Saya baru balik dari library semata-mata untuk mencari jurnal akaun disebabkan server kolej tidak dapat memasuki perkhidmatan jurnal online dalam perpustakaan Tuanku Bainun. Now sudah ada di kolej, ingat nak buat proposal untuk projek tahun akhir tapi tiba-tiba pula terbaca satu petua yang cukup baik ini. Jom sama-sama baca dan amalkan ya...

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambilah sejadah, shalat, berdzikir dan berdo'a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyakkan pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada ALLAH dengan dzikir dan do'a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Macam lirik lagu senyum tu, "senyum, tak perlu kata apa-apa" =). Ops, senyum tidak hanya dibibir tetapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan kata kunci, "Allahuma kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" yang bermaksud, "Ya ALLAh, sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku"-HR Ahmad.



4. Untuk miliki bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombong diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Jika kuat lebih baik puasa Nabi Daud AS iaitu puasa selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan buah-buahan, dan air putih.

6. sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.

Petua yang mudah dan murah tetapi jika tidak diamalkan hanya sia-sia sahaja. Bagi saya apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman, rohani dan emosi seseorang itu dan bukan hanya fizikal semata-mata. Dan yang sesungguhnya, biarlah kita tidak cantik pada pandangan orang, tetapi cantik pada pandangan-NYA.

Baca, baca, baca, dan selamat beramal. (",)



Saturday, February 12, 2011

puisi sekeping hati..

Di kesepian malam aku sendiri
Termenung dibawah cahaya rembulan
Pucuk-pucuk daun meliuk indah
Mengikuti irama angin perlahan

Angin…., Aku hargai kau menghiburku
Memang tidak ingin aku berlama-lama
Larut dengan gelapnya malam
Terombang-ambing oleh kelamnya awan
Angin…., Tolong katakan pada bintangku
Aku rindu dan berharap dia hadir disini
Dengan segala ketulusan cintanya

Biarkan...relakan...
Saat malam mulai larut
Suasanapun semakin senyap
Aku terbujur dalam kekakuan
Karena hati terpasung dalam kesepian

kesedihan dengan bersendirian

Seakan menggugurkan sejuta harapan

semoga hari esok memberikan sinar yang bergemerlapan
Dan aku sedar, hanya Pada-MU kusandarkan harapan...



semoga angin membawa pergi kesepian ini..